5 Oktober 2012

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 6

Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu Tahun 6


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 6 Februari 2012
Masa : 9:20 pagi - 10:20 pagi (60 minit)
Tahun : 6A
Bil. Murid : 24 orang
Tema : Sejarah
Tajuk : Kembara Sejarah

Nilai Murni

i. Bekerjasama
ii. Hormat- menghormati
iii. Patriotisme

Objektif

Pada akhir pembelajaran ini murid dapat -

i. Menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan Laksamana Cheng Ho secara  berkumpulan.

ii. Membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujh kata penguat di dalam buku teks.

iii. Membina sekurang-kurangnya satu rangkap pantun bertemakan Pelayaran Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan. 

Fokus Utama

Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat sesuai.

Aras 3 - Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis.

Fokus Sampingan

Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

Aras 3 - Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

(i) Merumus
(ii) Mengenalpasti idea utama
(iii) Membanding beza

Kecerdasan Pelbagai

(i) Interpersonal
(ii) Verbal-linguistik 

Kaedah penggabungjalinan dan teknik perbincangan

Tatabahasa : Kata penguat belakang, kata penguat hadapan
BBM : Teks, video, lembaran kerja

Pengetahuan Sedia Ada

Murid pernah mendengar cerita tentang sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho
Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.

Langkah 




ISI PELAJARAN
KAEDAH PENYAMPAIAN

CATATAN
ALAT BANTUAN MENGAJAR/ NILAI
Set
Induksi

(5 minit)

1.       Guru berbual-bual dengan murid tentang pelabuhan negeri Melaka sebagai pelabuhan interpot.

2.       Guru mempertontonkan video gambaran pelabuhan negeri Melaka.

1.     Guru bertanya murid sama ada mereka pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak.

2.     Guru menceritakan tentang keagungan dan kemasyhuran Melaka pada suatu ketika dahulu.

3.     Guru menceritakan lambakan pedagang dari Negara asing dan bahasa melayu sebagai bahasa lingua franca
- China
- Portugis
- Arab

4.    Guru menceritakan tokoh pedagang yang terkenal turut datang
-          Laksamana Cheng Ho

Tayangan video menggunakan Notebook dan LCD

Nilai : Patriotisme
Langkah 1

(10 minit)

1.     Guru menggunakan teks dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 6 halaman 128.

2.     Murid menjawab secara lisan.

1.     Guru meminta seorang demi seorang murid membaca kuat teks dan guru membetulkan kesalahan dalam pembacaan murid.

2.     Guru meminta semua murid membaca teks secara bersama-sama.

3.     Guru meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca.

4.    Guru menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk menegaskan lagi maksud sesuatu ayat.
-sangat
-amat
-lah

5. Guru meminta murid menyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan.

Buku teks Bahasa Melayu tahun 6

Kertas mahjung

Kemahiran Generik: Kemahiran Berfikir

Teknik perbincangan

Nilai: Hormat-menghormati
Langkah 2

(10 minit)
1.     Murid secara berkumpulan menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho dan menyatakan pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut.

2.     Secara berkumpulan murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam buku teks berkaitan dengan perwatakan Laksamana Cheng Ho.
1.     Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru memberi kertas mahjung kepada setiap kumpulan.

2.     Setiap kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin dijalinkan oleh laksamana cheng ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran kerangka.

3.     Guru meminta murid-murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat didalam teks.

4.     Guru meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas.
Teknik perbincangan


Nilai: bekerjasama
Langkah 3
(20 minit)
Membina 3 rangkap pantun bertemakan pelayaran Laksamana Cheng Ho

1.     Guru meminta pelajar dalam kumpulan yang sama menghasilkan 3 rangkap pantun bertemakan Laksamana Cheng Ho di atas kertas warna yang disediakan.

2.     Pantun hendaklah ditulis dengan menggunakan tulisan berangkai.

3.     Guru menyatakan kumpulan yang Berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik akan diberikan token untuk setiap ahlinya.
BBM:
Kertas warna
Pensel warna
Nilai:
Kerjasama
Penutup
(5 minit)
Ulasan guru

1.     Guru mengulas semula tajuk pejaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan persahabatan di antara dua buah Negara dapat memperkukuhkan lagi Negara tersebut dan rakyat akan hidup dalam keadaan selesa.

2.     Guru menjelaskan bahawa Negara Malaysia mempunyai khazanah yang berharga dan murid-murid bertanggungjawab menjaga khazanah Negara dari dicerobohi.

3.     Guru menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesame sendiri dan bekerjasama.

4.     Guru memupuk semangat dalam diri murid-murid agar melawat Negara asing agar bertambah ilmu di dada.
Kaedah pengukuhan