Contoh Rancangan Pengajaran Harian
Bahasa Melayu Tahun 6
Bahasa Melayu Tahun 6
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh : 6 Februari 2012
Masa : 9:20 pagi - 10:20 pagi (60 minit)
Tahun : 6A
Bil. Murid : 24 orang
Tema : Sejarah
Tajuk : Kembara Sejarah
Nilai Murni
i. Bekerjasama
ii. Hormat- menghormati
iii. Patriotisme
Objektif
Pada akhir pembelajaran ini murid dapat -
i. Menyumbangkan dua isi daripada lima isi perwatakan Laksamana Cheng Ho secara berkumpulan.
ii. Membina ayat dengan menggunakan lima daripada tujh kata penguat di dalam buku teks.
Fokus Utama
Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat sesuai.
Aras 3 - Menyatakan pengajaran yang terdapat dalam bahan secara analitis.
Fokus Sampingan
Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.
Aras 3 - Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Berfikir
(i) Merumus
(ii) Mengenalpasti idea utama
(iii) Membanding beza
Kecerdasan Pelbagai
(i) Interpersonal
(ii) Verbal-linguistik
Kaedah penggabungjalinan dan teknik perbincangan
Tatabahasa : Kata penguat belakang, kata penguat hadapan
BBM : Teks, video, lembaran kerja
Pengetahuan Sedia Ada
Murid pernah mendengar cerita tentang sejarah Melaka dan Laksamana Cheng Ho
Murid tahu mencipta pantun dan murid tahu rima pantun.
Langkah
ISI PELAJARAN
|
KAEDAH PENYAMPAIAN
|
CATATAN
|
ALAT BANTUAN
MENGAJAR/ NILAI
|
Set
Induksi
(5 minit)
|
1.
Guru
berbual-bual dengan murid tentang pelabuhan negeri Melaka sebagai pelabuhan
interpot.
2. Guru mempertontonkan video
gambaran pelabuhan negeri Melaka.
|
1.
Guru
bertanya murid sama ada mereka pernah mendengar sejarah Melaka ataupun tidak.
2.
Guru
menceritakan tentang keagungan dan kemasyhuran Melaka pada suatu ketika
dahulu.
3.
Guru
menceritakan lambakan pedagang dari Negara asing dan bahasa melayu sebagai
bahasa lingua franca
- China
- Portugis
- Arab
4. Guru menceritakan tokoh pedagang yang
terkenal turut datang
-
Laksamana
Cheng Ho
|
Tayangan
video menggunakan Notebook dan LCD
Nilai
: Patriotisme
|
Langkah 1
(10 minit)
|
1.
Guru
menggunakan teks dalam buku teks Bahasa Melayu tahun 6 halaman 128.
2.
Murid
menjawab secara lisan.
|
1.
Guru
meminta seorang demi seorang murid membaca kuat teks dan guru membetulkan
kesalahan dalam pembacaan murid.
2.
Guru
meminta semua murid membaca teks secara bersama-sama.
3.
Guru
meminta murid menjelaskan apa yang mereka fahami melalui teks yang dibaca.
4. Guru
menjelaskan bahawa kata penguat hadapan dan penguat belakang digunakan untuk
menegaskan lagi maksud sesuatu ayat.
-sangat
-amat
-lah
5. Guru
meminta murid menyenaraikan kata penguat belakang dan hadapan secara lisan.
|
Buku
teks Bahasa Melayu tahun 6
Kertas
mahjung
Kemahiran
Generik: Kemahiran Berfikir
Teknik
perbincangan
Nilai:
Hormat-menghormati
|
Langkah 2
(10 minit)
|
1.
Murid
secara berkumpulan menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho dan menyatakan
pengajaran yang terdapat dalam teks tersebut.
2.
Secara
berkumpulan murid membina ayat dengan menggunakan kata penguat yang terdapat
didalam buku teks berkaitan dengan perwatakan Laksamana Cheng Ho.
|
1.
Guru
membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Guru memberi kertas mahjung kepada
setiap kumpulan.
2.
Setiap
kumpulan hendaklah menyenaraikan perwatakan Laksamana Cheng Ho, nilai yang
bersesuaian dengan teks dan menyatakan kesan perhubungan yang ingin
dijalinkan oleh laksamana cheng ho dengan negeri Melaka dalam bentuk lakaran
kerangka.
3.
Guru
meminta murid-murid di dalam setiap kumpulan membina ayat dengan menggunakan
kata penguat yang terdapat didalam teks.
4.
Guru
meminta setiap kumpulan menyampaikan hasil perbincangan mereka di hadapan
kelas.
|
Teknik
perbincangan
Nilai:
bekerjasama
|
Langkah 3
(20 minit)
|
Membina
3 rangkap pantun bertemakan pelayaran Laksamana Cheng Ho
|
1.
Guru
meminta pelajar dalam kumpulan yang sama menghasilkan 3 rangkap pantun
bertemakan Laksamana Cheng Ho di atas kertas warna yang disediakan.
2.
Pantun
hendaklah ditulis dengan menggunakan tulisan berangkai.
3.
Guru
menyatakan kumpulan yang Berjaya menyiapkan pantun yang terbaik dan cantik
akan diberikan token untuk setiap ahlinya.
|
BBM:
Kertas
warna
Pensel
warna
Nilai:
Kerjasama
|
Penutup
(5 minit)
|
Ulasan
guru
|
1.
Guru mengulas
semula tajuk pejaran pada hari ini dan menyatakan nilai kerjasama dan
persahabatan di antara dua buah Negara dapat memperkukuhkan lagi Negara
tersebut dan rakyat akan hidup dalam keadaan selesa.
2.
Guru
menjelaskan bahawa Negara Malaysia mempunyai khazanah yang berharga dan
murid-murid bertanggungjawab menjaga khazanah Negara dari dicerobohi.
3.
Guru
menjelaskan bahawa murid-murid perlu menjalinkan hubungan baik sesame sendiri
dan bekerjasama.
4.
Guru
memupuk semangat dalam diri murid-murid agar melawat Negara asing agar
bertambah ilmu di dada.
|
Kaedah
pengukuhan
|